fast2print.customer@gmail.com

Nash Fas2Print

Tanya Boss Direct

+6014 308 9547

Home » Tentang Syarikat – No 1 Signage Signboard Selangor Expert – Fast2Print

Tentang Syarikat – No 1 Signage Signboard Selangor Expert – Fast2Print

Tentang Syarikat - No 1 Signage Signboard Selangor Expert - Fast2Print FAST2PRINT #Pakar Banner & Signboard di Malaysia.

Signage Signboard Selangor – FAST2PRINT SDN BHD adalah sebuah syarikat bumiputera sepenuhnya yang berdaftar di bawah Akta Syarikat yang mula beroperasi pada tahun 2014. Pada mulanya, perniagaan ini mula bertapak di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia yang menjalankan perniagaan digital printing sahaja dan masih beroperasi sehingga kini. Ianya lebih memfokuskan kepada pelajar sahaja.
Dengan usaha dan ketekalan, syarikat ini telah berkembang lebih maju lagi yang mana pada tahun 2017 perniagaan ini telah membuka cawangan kedua yang lebih memfokuskan kepada percetakan large format seperti banner, banting, poster, sticker dan sebagainya. Penubuhan cawangan kedua ini sedikit sebanyak telah membuka satu kemudahan kepada pelajar-pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia untuk mengunakan perkhidmatan FAST2PRINT.

Signage Signboard Selangor

IMG_8468

Pada masa ini, syarikat juga telah mula mengembangkan segmentasi pelanggan yang pada mulanya hanya memfokuskan kepada pelajar sahaja tetapi kini terdiri daripada orang awam, kakitangan kerajaan dan swasta, dan ahli perniagaan.
Pada JUN 2018, atas permintaan yang semakin tinggi dan sambutan yang hangat dan atas sebab kekangan ruang yang tidak dapat memenuhi tempahan pelanggan, Syarikat telah mengembangkan perniagaan dengan membuka cawangan ketiga yang lebih memfokuskan kepada menjalankan kerja-kerja pembuatan dan percetakan (Production Area) dan Pejabat Urusan di Seksyen 15, Bandar Baru Bangi.

Senarai Lokasi Fast2Print

BANGI

E-G-7 & E-1-7, Jalan Bg 3b/1, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor.

MELAKA

SU 883, Jalan TBBMT 3 78300 Masjid Tanah Melaka.

Pada FEB 2020, FAST2PRINT SDN BHD telah meluaskan perniagaan dengan membuka cawangan keempat di Masjid Tanah,Melaka. Pembukaan cawangan ini dipercayai dapat memenuhi permintaan pelanggan. FAST2PRINT beroperasi sepenuhnya menggunakan tenaga kerja warganegara Malaysia berstatus Bumiputera. FAST2PRINT merupakan syarikat yang menjalankan operasi sepenuhnya meliputi proses pembuatan, percetakan dan pemasangan sepenuhya tanpa melibatkan pihak ketiga. Dengan itu, FAST2PRINT dapat mengurangkan kos pengeluaran dan seterusnya menawarkan harga yang termurah dipasaran.
Kini FAST2PRINT telah berkembang maju seperti syarikat-syarikat yang lain. Syarikat FAST2PRINT lebih memfokuskan kepada kualiti bagi setiap produk yang dihasilkan. Signage Signboard Selangor.

VISION

A preferred printing service provider and advertising manufacturer with providing reliable crafted marketing solutions.

MISSION

We are a printing service provider and advertising manufacturer

We provide reliable crafted marketing solution

We facilitate our clients to achieve their business objective

wani-PhotoRoom

Lihat Testimoni Pelanggan »

Kami ada banyak testimoni dari pelanggan-pelanggan kami yang terlah menggunakan perkhidmatan dari kami.